RAJA BERPERLEMBAGAAN



Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri.

 

          Bidang kuasa Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan Malaysia ialah sebagai ketua negara. Yang di-Pertuan Agong mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman.



          Yang di-Pertuan Agong juga merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen. Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen. Baginda juga merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata. Yang di-Pertuan Agong berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.



           Baginda bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu. Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan Raja-Raja Melayu.




           Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah. Baginda juga mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri, berkuasa melantik dan melucutkan jawatan Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.


JOM TEROKA!!
-Konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
-Maksud Parlimen
-Maksud Pilihan Raya
-Kuasa Pemerintahan
-Majlis Raja-Raja
-Bidang Kuasa Yang Di-Pertuan Agong

11 comments: