MAKSUD PARLIMEN

Bangunan Parlimen yang terletak di Kuala Lumpur



Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Dewan Negara atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita. Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli.


            Ahli Dewan Negara yang digelar Senator ini mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihan raya. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun. Senator mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri. Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang profesional, atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan, atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti Orang Asli. Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.


Suasana di dalam Parlimen.

             Dewan Rakyat mengandungi 222 orang ahli yang mewakili semua kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan Rakyat ialah lima tahun.


            Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat. Undang-undang yang dibuat oleh Parlimen dinamai Akta dan undang-undang yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri dinamai Enakmen kecuali di Sarawak dan Sabah dinamai Ordinan.


JOM TEROKA!!
-Konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
-Maksud Pilihan Raya
-Kuasa Pemerintahan
-Majlis Raja-Raja
-Raja Berperlembagaan
-Bidang Kuasa Yang Di-Pertuan Agong

 

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. apakah proses yang perlu dilalui di Parlimen bagi sesebuah rang undang-undang menjadi undang-undang?

    ReplyDelete