Malaysia merupakan negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa. Menurut konsep ini, kuasa pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan perundangan atau legislatif, badan pelaksana atau eksekutif dan badan kehakiman atau judisiari. Ketiga-tiga badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
BADAN EKSEKUTIF
Jemaah
Menteri atau Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet
merupakan pembuat dasar tertinggi Negara. Tugas Jemaah Menteri atau Kabinet
adalah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara. Perdana Menteri
merupakan Ketua Jemaah Menteri.
Biasanya,
Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri juga mengetuai sesebuah atau
beberapa kementerian. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar
kerajaan, merancang serta menyelaras program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Pada masa ini, terdapat 26 buah kementerian
yang bertanggungjawab dalam semua perkara.
Setiap
kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh Timbalan Menteri,
Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Seseorang Menteri yang tidak
diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai Menteri Tak
Berportfolio. Beliau akan diberikan tugas-tugas tertentu oleh Perdana Menteri.
Perkhidmatan
awam di Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara. Beliau bertanggungjawab
mengawasi perjalanan kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat
kementerian, pentadbirannya diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Beliau
dibantu oleh kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan
awam. Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang
ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan
kerajaan pula diketuai oleh Ketua Jabatan yang dikenali dengan gelaran Ketua
Pengarah. Sesebuah kementerian biasanya mempunyai jabatan pada peringkat pusat,
negeri dan daerah.
Terdapat juga
badan-badan kerajaan yang dikenali sebagai badan berkanun. Badan berkanun
merupakan badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan
berkanun mempunyai peruntukan kewangan tersendiri. Badan ini ditadbir oleh
sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.
Badan berkanun ini mempunyai pelbagai tugas dan tanggungjawab yang besar untuk
mempercepat pentadbiran dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun
kerajaan. Contoh badan berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia
(MIDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan Institut Penyelidikan
Perhutanan Malaysia (FRIM).
Beberapa
suruhanjaya telah ditubuhkan di negara kita untuk mengendalikan urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan
pemantauan disiplin kakitangan perkhidmatan awam. Antaranya termasuklah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan, Suruhanjaya
Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan Polis dan Majlis
Angkatan Tentera
BADAN PERUNDANGAN
Perundangan
merujuk pada undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan oleh perlembagaan. Fungsi badan perundangan adalah
menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
Parlimen
ialah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di negara
kita. Parlimen terdiri daripada Yang di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan
Rakyat.
Dewan Negara
atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.
Dewan Negara mengandungi 70 orang ahli. Ahli Dewan Negara digelar Senator.
Mereka mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pertandingan
dalam pilihanraya. Seseorang Senator memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun.
Senator
mestilah berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf Senator sama dengan Ahli
Parlimen. Mereka boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
26 orang ahli
Dewan Negara dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang setiap negeri.
Ahli ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada bukan kalangan ahli
DUN.
Dua orang ahli
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong untuk mewakili Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur dan seorang lagi mewakili Wilayah Persekutuan Labuan. 44 ahli pula
dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah
berjasa dan cemerlang dalam bidang professional.
Keahlian Dewan
Negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahlinya terdiri daripada individu
yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang
profesional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian,
kesenian dan kebajikan atau yang mewakili sesuatu kumpulan minoriti seperti
Orang Asli.
Dewan Rakyat
pula merupakan dewan terpenting kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam
pilihan raya umum. Dewan Rakyat mengandungi 222 orang ahli yang mewakili semua
kawasan pilihan raya di seluruh negara. Tempoh jawatan bagi anggota ahli Dewan
Rakyat ialah lima tahun. Tugas utama Dewan Rakyat adalah menggubal dan
meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
Di Malaysia,
sesuatu undang-undang yang hendak dilaksanakan perlu melalui proses meluluskan
undang-undang di Parlimen. Ianya bermula dengan cadangan oleh pihak
kementerian. Seterusnya, penggubalan rang undang-undang oleh Jabatan Peguam
Negara. Di Dewan Rakyat, pembacaan pertama akan dilakukan iaitu pembacaan tajuk
rang undang-undang sahaja. Diikuti dengan pembacaan kedua dan rang
undang-undang ini dibahaskan. Seterusnya, perbincangan secara terperinci
tentang rang undang-undang ini pada peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.
Pembacaan
ketiga kemudiannya akan dilakukan di Dewan Rakyat dan rang undang-undang ini
dibahaskan sebelum diluluskan untuk dikemukakan ke Dewan Negara. Sekiranya rang
undang-undang tersebut diluluskan, pembentangan rang undang-undang akan dibuat
di Dewan Negara dan melalui proses yang sama seperti di Dewan Rakyat. Rang
undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Negara akan diserahkan kepada DYMM
Yang di-Pertuan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan cap Mohor Negara.
Proses berakhir dengan pewartaan atau pemberitahuan undang-undang ini dalam
Warta Kerajaan.
Badan Kehakiman
mempunyai kuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara
sivil berkaitan dengan saman biasanya memerlukan afidavit. Perkara jenayah pula
melibatkan kanun keseksaan. Badan Kehakiman boleh menentukan
kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan pihak badan
pelaksana. Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir Perlembagaan Persekutuan dan
Perlembagaan Negeri.
Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan
tugas kehakiman di negara ini. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsirkan perlembagaan negara, mentafsirkan undang-undang, mengisytiharkan undang-undang
bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mempunyai kuasa
mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah tidak
boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan
perundangan atau Parlimen.
Sistem
mahkamah di Malaysia disusun mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini, individu
atau kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh
membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi. Di Malaysia, mahkamah
terbahagi kepada dua iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah Atasan. Mahkamah Rendah
terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
Mahkamah Atasan pula terdiri daripada Mahkamah Tinggi Malaya,
Mahkamah Tinggi Sarawak
dan Sabah, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.
Semua
hakim dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan
pelantikan, kenaikan pangkat dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Seseorang hakim tidak
boleh dipecat dengan sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab yang munasabah.
Hakim
tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik. Tujuannya supaya hakim
dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan dan kesaksamaan undang-undang. Penasihat undang-undang kerajaan ialah Peguam Negara. Peguam Negara akan
menjadi Pendakwa Raya atau Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu
oleh Pegawai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman.
JOM TEROKA!!
-Konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
-Maksud Parlimen
-Maksud Pilihan Raya
-Majlis Raja-Raja
-Raja Berperlembagaan
-Bidang Kuasa Yang Di-Pertuan Agong
Maklumat yang bagus di sini, saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman saya yang cuba mendapatkan pinjaman untuk mengembangkan Perniagaan Pakaian saya di sini di Malaysia. Sungguh sungguh berat pada perniagaan saya yang turun kerana penyakit masa kecil saya kemudian ketika saya sembuh saya memerlukan dana untuk menetapkannya lagi untuk saya bermula jadi saya berjumpa Encik Benjamin seorang pegawai perunding pinjaman di Le_Meridian Funding Service Dia bertanya saya dari projek perniagaan saya dan saya beritahu dia saya sudah memiliki Satu dan saya hanya perlu pinjaman 200,000.00 USD dia memberi saya borang untuk mengisi dan saya juga dia meminta saya ID Sah saya dalam beberapa hari Mereka melakukan pemindahan dan pinjaman saya telah diberikan . Saya benar-benar ingin menghargai usaha itu juga cuba mendapatkan ini kepada sesiapa yang mencari pinjaman perniagaan atau isu kewangan lain untuk Menghubungi Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian Pada E-mel: lfdsloans@lemeridianfds.com / lfdsloans@outlook.com Dia juga boleh didapati di WhatsApp Hubungi: +1 -9893943740.
ReplyDeleteMohon share gambaq pemisahan kuasa tu Tuan ? Cantik gambaq Tuan
ReplyDelete