NAMA
|
NO. MATRIKS
|
FAISKANDAR BIN JAMSARI
|
23DLH15F1011
|
MOHAMAD HAZRUL ISKANDAR BIN MAT ZIN
|
23DLH15F1033
|
NORARIEF BIN ABDULLAH
|
23DLH15F1025
|
MUHAMMAD RAMADHAN BIN AZAHAR
|
23DLH15F1041
|
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, kami pelajar program Diploma Landskap dan Hortikultur dari Politeknik Nilai, Negeri Sembilan telah melaksanakan tugas yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu Pn. Mastura binti Mamat. Kami telah diberikan tugas yang bertajuk Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu. Di dalam tajuk ini, kami telah membincangkan tentang sistem dan struktur pentadbiran Negara dengan Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu. Kami juga telah membincangkan tentang bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong dalam konteks Raja Berperlembagaan.
Malaysia
mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua
Negara. Perlembagaan Perseketuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat
sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem
Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam
pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).
Malaysia
juga merupakan sebuah Negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan
kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan di negeri-negeri
Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor,
Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep
penubuhan Negara Malaysia.
Sebagai sebuah negara Raja
Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan, institusi Yang Di-Pertuan
Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Raja-raja
Melayu adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan
Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang
Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang,
Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
Kesimpulannya, setiap
warganegara khususnya yang terlibat dalam bidang professional perlu mengetahui
tentang komponen-komponen utama dalam sistem pentadbiran Negara. Mereka perlu
mengetahui tentang antara kerjaya mereka dengan badan-badan pentadbiran yang terlibat
jika ada apa-apa perkara yang memerlukan mereka berhubung dengan badan-badan
kerajaan tersebut.
-Konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
-Maksud Parlimen
-Maksud Pilihan Raya
-Raja Berperlembagaan
-Majlis Raja-Raja
-Kuasa Pemerintahan
-Bidang Kuasa Yang Di-Pertuan Agong
-Maksud Pilihan Raya
-Raja Berperlembagaan
-Majlis Raja-Raja
-Kuasa Pemerintahan
-Bidang Kuasa Yang Di-Pertuan Agong
No comments:
Post a Comment