Thursday 17 September 2015

PENUBUHAN MAJLIS RAJA-RAJA MELAYU







NAMA
NO. MATRIKS
FAISKANDAR BIN JAMSARI
23DLH15F1011
MOHAMAD HAZRUL ISKANDAR BIN MAT ZIN
23DLH15F1033
NORARIEF BIN ABDULLAH
23DLH15F1025
MUHAMMAD RAMADHAN BIN AZAHAR
23DLH15F1041






PENGENALAN


Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera. Alhamdulillah, kami pelajar program Diploma Landskap dan Hortikultur dari Politeknik Nilai, Negeri Sembilan telah melaksanakan tugas yang diberikan oleh pensyarah kami iaitu Pn. Mastura binti Mamat. Kami telah diberikan tugas yang bertajuk Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu. Di dalam tajuk ini, kami telah membincangkan tentang sistem dan struktur pentadbiran Negara dengan Penubuhan Majlis Raja-Raja Melayu. Kami juga telah membincangkan tentang bidang kuasa Yang Di-Pertuan Agong dalam konteks Raja Berperlembagaan.
 


          Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan Perseketuan telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sedemikian untuk membolehkan pelaksanaan sistem ini. Salah satu kriteria sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan iaitu Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif (pentadbiran).
 






          Malaysia juga merupakan sebuah Negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Berdasarkan kepada peruntukan di negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.







               Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan, institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Raja-raja Melayu adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-wilayah Persekutuan.





          Kesimpulannya, setiap warganegara khususnya yang terlibat dalam bidang professional perlu mengetahui tentang komponen-komponen utama dalam sistem pentadbiran Negara. Mereka perlu mengetahui tentang antara kerjaya mereka dengan badan-badan pentadbiran yang terlibat jika ada apa-apa perkara yang memerlukan mereka berhubung dengan badan-badan kerajaan tersebut. 
  

-Konsep Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan